Anda pasti dah tahu email marketing ni sangat power bila ada bisnes kan? Sebab tu ramai peniaga gunakan emel ni untuk pasarkan bisnes mereka secara gila-gila. Bukan itu sahaja, anda boleh berhubung semula dengan pelanggan lama dengan promosikan produk terbaru pada mereka, dan bagi mereka special offer.

Anda tak tahu macam mana nak buat email marketing? Jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tips mudah dan cepat pemasaran menggunakan email. Nanti anda tak perlu risau lagi nak letupkan bisnes anda gila-gila macam peniaga lain.

 5 tips pemasaran menggunakan email :

1. Rancang Strategi Email Anda

Bila anda tekad nak gunakan pemasaran emel dalam bisnes, untuk memudahkan anda membuat perancangan, bina jadual untuk mengisi data pelanggan dengan terperinci.

Anda boleh gunakan database pelanggan yang ada dalam simpanan anda. Untuk dapatkan data pelanggan yang baru, anda perlu kenal pasti sasaran anda. Dengan mengetahui jenis pelanggan yang anda inginkan, ia memudahkan anda untuk memikat pengguna dengan kaedah yang lebih mudah.

2. Tahu kelebihan pelanggan

Buat list pelanggan mengikut jenis kumpulan yang sama pekerjaan, lokasi kediaman, purata pendapatan, jenis bisnes dan pelbagai lagi. Dengan pembahagian maklumat ini, anda tidak akan menghantar email yang salah kepada pelanggan. Kesilapan kecil ini mampu membuatkan bisnes anda kucar-kacir.

3. Make it simple

 Usah campurkan email anda dengan maklumat atau lampiran yang tidak berkenaan. Email yang baik akan gunakan bahasa yang simple dan tak formal tetapi masih lagi boleh menarik pelanggan yang ramai.

Contohnya, anda boleh gunakan emel untuk tawarkan promosi produk anda dengan menghadiahkan eBook sebagai ganjaran percuma. Jika ada pelanggan yang memuat turun eBook yang ada pada email pertama, jangan ragu-ragu untuk mengirimkan emel selanjutnya.

4. Jaga privasi pelanggan

Anda tahu kenapa ramai orang tak nak subscribe newsletter atau eBook melalui email? Kerana, mereka takut email mereka akan disalah gunakan oleh sesetengan pihak. Sebagai peniaga, anda kena pastikan yang anda akan jaga privasi email mereka dan sebarang maklumat peribadi agar tidak bocor pada pihak lain.

5. Follow Up Pelanggan

Pemasaran melalui email sangat efektif. Namun, untuk mencapai tahap tersebut, anda perlu memastikan email yang anda sampaikan hendaklah di terima dengan efisien. Jika anda berjaya mengesan email yang tidak berjaya dihantar, anda boleh follow up penerima email dengan email baru yang berhemah bagi menyatakan kekesalan anda terhadap kesulitan yang mereka alami.

https://binabisnesberjaya.com/