Kita Bantu Sesama Kita,

Usahawan Bangkit Menyumbang

Sedih bila melihat keadaan yang berlaku ketika ini. 

Ramai yang terjejas ekoran pandemik hingga ada hilang kerja, bisnes ditutup, tak boleh berniaga dan lain-lain lagi.

Kami sebak bila melihat keadaan ini dan terpanggil bersama-sama bangsa usahawan untuk hulurkan bantuan agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga yang terjejas. 

Kami memberi bukan kerana kami mampu tapi kerana kami tahu bagaimana rasanya tidak punya apa-apa. 

RichWorks akan bergabung dengan bangsa usahawan melalui RichWell untuk mengumpul sumbangan agar dapat bantu sesama kita terutama keluarga yang terjejas. 

Marilah kita bantu sesama kita, kita jaga kita. Hulurkan sumbangan semampunya, moga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan dan kesusahan yang dirasai waktu ini. 

Ayuh bersama kami untuk menyumbang buat keluarga-keluarga terkesan ketika tempoh mencabar ini.


Borang sumbangan