“Jangan bangga kalau hidupnya sibuk, tapi banggalah kalau hidupnya produktif, kerana sibuk belum tentu produktif.”

Ramai orang yang hidup mereka tidak produktif kerana mereka terlalu sibuk dengan kehidupan harian seperti kerja, kerja dan kerja. Anda ingat bila anda banyak kerja, asyik sibuk memanjang je, boleh ke anda bagi hasil kerja yang produktif? 

Biasanya, bila sibuk dengan urusan kerja sehingga tak ada masa untuk keluarga dan orang tersayang, kualiti hidup anda akan menurun, betul? Mungkin hanya sesetengah orang sahaja yang masih boleh berikan hasil dan kualiti yang terbaik.

Kami akan kongsikan dengan anda 5 cara untuk dapatkan hidup yang lebih produktif. Dengan tips ini, kami harapkan hidup anda akan lebih baik dan lebih cemerlang.

1/ Sentiasa feel good

Anda perlu merasa baik dan bertenaga untuk menjadi produktif, kerana tanpa tenaga yang positif tak banyak yang anda boleh lakukan.

Pastikan tidur anda cukup; paling kurang 5 jam sehari, minum air yang banyak, makan makanan yang berkhasiat yang memberi tenaga kepada badan, amalkan senaman seperti berjalan kaki, berlari, regangan badan, dan tarik nafas yang dalam.

Lakukan apa sahaja yang boleh membantu anda merasa baik dan bertenaga. Ia akan membantu anda berfikir dengan baik dan mendapat idea yang bagus.

2/ Persekitaran yang kemas

Kemaskan work station anda dengan rapi! Perasan tak, bila kawasan persekitaran anda kotor dan tak tersusun, ia turut mempengaruhi emosi anda?

Ia tak menjadikan anda fokus dalam kerja dan anda akan cepat terganggu. Jadi, kemaskan tempat kerja anda sekarang dan pastikan hanya barang-barang keperluan sahaja diletakkan di atas meja anda, faham?

3/ Bersikap tenang kendalikan emosi

Setiap keputusan yang kita lakukan akan lebih tepat jika tindakan dan fikiran kita dalam keadaan tenang, betul? 

Cuba anda buat keputusan dalam keadaan marah. Tidakkah keputusan itu akan dipengaruhi emosi anda?

Jika kita buat keputusan mengikut emosi, kita bukan sahaja akan rugi dan menyesal, malah akan timbul perasaan stress.

Ia akan memberi tekanan pada kerja kita dan hasil yang diperolehi tidak akan sama dengan kita harapkan. Oleh itu, jaga emosi anda dan bersikaplah lebih tenang.

4/ Jangan mudah terganggu

WhatsApp, Facebook, Instagram dan berbual kosong…itu semua gangguan kerja. Bila anda nak kerja, anda kena fokus. Jangan biarkan halangan ini mengganggu kerja anda.

Anda perlu berada dalam kawalan kerana ia boleh merompak terlalu banyak masa anda sehingga kerja-kerja anda tertangguh, betul? Siapa rasa ia betul say I!

Tetapkan goal anda dan fokus untuk mencapainya. Rancang hari anda dengan to do list untuk dapatkan apa yang anda mahu, bukan buang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat.

5/ Buat things to do untuk esok

Siapa yang suka buat things to do (ttd) untuk setiap kerjanya, say I!

Dengan membuat list thing to do, kerja-kerja anda lebih tersusun dan jika anda mampu siapkan semuanya dalam masa satu hari, anda seorang yang hebat. Dengan adanya thing to do, ia akan membuatkan anda bekerja lebih efektif dan efisen.

Selain itu, kita hanya mempunyai 24 jam sehari. Gunalah masa ini sebaik-baiknya sebelum datang 5 perkara sebelum 5 perkara, faham?


https://binabisnesberjaya.com/